![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjG3u5mDu86SUwJHE9Wq4XfLQA2_gWghJv9pI4ViO91OMFN3QmqQN3abVuR1tX14TFQlxCsYQ3ya8OPbnrdIFUmCvLR0N2fdtuPf4STJoPx04EB2V_IiBoJBKCpHpVCcmrflfsYvTkp1Zc/s200/slm.jpeg)
Ternyata saya amat bersetuju dengan hujah yang diberikan.
Sesuatu masalah tidak mungkin akan selesai sekiranya kita asyik fokus kepada masalah tersebut.
Dan sebenarnya segala masalah yang kita alami sekarang adalah disebabkan sedar atau tidak rata2 antara umat Islam kita yang mengamalkan faham sekularisme.
Maka bala2 seperti inilah yang hadir kedalam kehidupan masyarakat kita.
Umumnya, ramai di antara kita yang gagal untuk mengaplikasikan keindahan mukjizat Solat dalam kehidupan.
Solat hanyalah urusan di akhirat dan bukan untuk urusan di dunia.
Pokoknya, ramai di antara kita yang tidak NAMPAK kelebihan solat.
Di sebabkan solat yang tidak sempurna, atau tidak bersolat lantas datanglah masalah2 lain yang seumpamanya seperti pembuangan bayi.
Akhlak Rasulullullah turut di lupakan.
Pada saya, cara yang paling berkesan untuk memastikan segala jenis gejala sosial berlaku lagi ialah:
1. Mengasingkan pendidikan dari Politik. Pendidikan seharusnya menjadi entiti yang asing supaya tidak dipengaruhi oleh mana2 badan politik.
2. Mengislamkan pendidikan. Islamization of knowledge. Agar al-Quran dapat dipertekankan sebagai kitab ilmu dalam sistem pendidikan. Sunnah Rasulullulah di aplikasikan dalam kehidupan dan bukan hanya sekadar untuk lulus peperiksaan Agama Islam.
3. Menjadikan tenaga pengajar itu sendiri beretika, berakhlak dan mempunyai perinsip-prinsip Islam seperti orang Cina. Yang meletakkan wang di belakang dan bekerja bersungguh2 (Ihsan) dan secara profesional (itqan). Ramai tenaga pengajar kita yang tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan.Lantas melahirkan generasi yang sama. Generasi robot yang tidak tahu untuk berfikir tetapi mengikut pemikiran dan fahaman ORANG lain.
Masalah mental yang dapat dibedung sekiranya sistem pendidikan sekularisme kita ini di ubah.
Walaupun negara kita ini multi-racial, tetapi sejarah menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang indah yang mampu untuk di ikuti oleh semua Umat Manusia.
Tidak semestinya pembelajaran perlu dimulakan dengan bismillah dan sebagainya. Maksud saya di sini adalah SISTEM. Bukan BAHASA.
Baghdad, Scandavia, Spanyol. Menyaksikan banjiran penuntut2 dari Barat yang bertandang untuk belajar dari ULAMA2 Islam tersohor semasa zaman kegemilangan Islam. Apa ertinya itu? Dan apabila mereka pulang ke tanah air, mereka banyak berucap terima kasih.
Dan kini, mereka mengaplikasikan SISTEM PENDIDIKAN ISLAM walaupun bukan 100% dalam sistem pendidikan mereka.
Dan kini, ISLAM DIJAJAH oleh MEREKA.
Segala masalah ada akarnya. Dan gejala2 sosial seperti pembuangan bayi ini
BERMULANYA DI SEBABKAN MASALAH MENTAL!
Ubatnya, ialah ISLAM! IMAN! IHSAN! dan ITQAN!
Al-Quran dilupai, Sunnah di caci, inilah balasan seperti yang dijanjikanNya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar